SYARAT PENEMPAHAN PENGGUNAAN KEMUDAHAN SUKAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
A.
GELANGGANG SUKAN (PERMAINAN)
1. Bayaran Sewa
Bayaran
penyewaan kemudahan sukan DBKL perlu dijelaskan sepenuhnya
dalam tempoh tiga (2) hari
selepas penempahan dibuat dan resit pembayaran perlu
dibawa ke kemudahan sukan yang dipilih pada waktu
pejabat.
2. Nombor Tempahan /Slip
Penyewa yang telah membuat tempahan secara online perlu mengemukakan nombor tempahan/slip yang dicetak dari komputer untuk diserahkan kepada Penyelia atau kakitangan dewan sebagai bukti tempahan.
3. Penangguhan Permainan
i) Pihak DBKL
Penangguhan
tarikh/masa penggunaan hanya akan diganti sekiranya
berlaku bencana alam, kerosakan bekalan elektrik ataupun
kerja-kerja baikpulih yang dilakukan oleh DBKL. Tarikh/masa
penggunaan yang baru akan ditentukan dengan persetujuan
kedua-dua belah pihak dan tertakluk kepada kekosongan
dewan.
ii) Pihak Penyewa
Sebarang penangguhan/pembatalan tarikh/masa tidak akan dilayan kecuali dengan alasan yang kukuh.
4. Pembatalan Tempahan
4.1 Tempahan gelanggang akan terbatal secara automatik sekiranya pihak penyewa tidak menjelaskan bayaran sewaan gelanggang dalam tempoh yang ditetapkan.
4.2 Pihak DBKL BERHAK membatalkan tempahan sekiranya;
i)
pihak penyewa tidak mematuhi syarat dan peraturan
yang telah ditetapkan oleh pihak DBKL .
ii) terdapat penganjuran acara yang lebih utama anjuran
DBKL/pihak kerajaan.
5. Pihak DBKL akan memaklumkan sekiranya terdapat penindihan tarikh seperti perkara 4.2 (ii) lebih awal/serta-merta. Tarikh/masa penggunaan yang baru akan diberikan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak dan tertakluk kepada kekosongan dewan.
B. MAJLIS KEMASYARAKATAN/KEJOHANAN
1.
Wang Cagaran
iPenyewa
perlu menjelaskan wang cagaran dalam tempoh tiga
(30) hari.