A.
GELANGGANG SUKAN (PERMAINAN)
1. Bayaran Sewa
Bayaran
penyewaan kemudahan sukan DBKL perlu dijelaskan sepenuhnya
dalam tempoh tiga (2) hari
selepas penempahan dibuat dan resit pembayaran perlu
dibawa ke kemudahan sukan yang dipilih pada waktu
pejabat.
2.
Nombor Tempahan /Slip
Penyewa yang telah membuat tempahan secara online perlu mengemukakan nombor tempahan/slip yang dicetak dari komputer untuk diserahkan kepada Penyelia atau kakitangan dewan sebagai bukti tempahan.
3. Penangguhan Permainan
i) Pihak DBKL
Penangguhan
tarikh/masa penggunaan hanya akan diganti sekiranya
berlaku bencana alam, kerosakan bekalan elektrik ataupun
kerja-kerja baikpulih yang dilakukan oleh DBKL. Tarikh/masa
penggunaan yang baru akan ditentukan dengan persetujuan
kedua-dua belah pihak dan tertakluk kepada kekosongan
dewan.
ii) Pihak Penyewa
Sebarang penangguhan/pembatalan tarikh/masa tidak akan dilayan kecuali dengan alasan yang kukuh.
4. Pembatalan Tempahan
4.1 Tempahan gelanggang akan terbatal secara automatik sekiranya pihak penyewa tidak menjelaskan bayaran sewaan gelanggang dalam tempoh yang ditetapkan.
4.2 Pihak DBKL BERHAK membatalkan tempahan sekiranya;
i)
pihak penyewa tidak mematuhi syarat dan peraturan
yang telah ditetapkan oleh pihak DBKL .
ii) terdapat penganjuran acara yang lebih utama anjuran
DBKL/pihak kerajaan.
5. Pihak DBKL akan memaklumkan sekiranya terdapat penindihan tarikh seperti perkara 4.2 (ii) lebih awal/serta-merta. Tarikh/masa penggunaan yang baru akan diberikan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak dan tertakluk kepada kekosongan dewan.
B. MAJLIS KEMASYARAKATAN/KEJOHANAN
1.
Wang Cagaran
i
Penyewa
perlu menjelaskan wang cagaran dalam tempoh tiga
(30) hari
ii. Wang cagaran tidak dipulangkan sekiranya
penyewa menangguhkan/membatalkan tempahan KECUALI
ia dibuat dalam tempoh empat belas (14) hari sebelum
tarikh ditempah.
iii Penyewa boleh menuntut bayaran wang cagaran dalam
tempoh 14 hari selepas tarikh penggunaan
dewan dengan mengemukakan resit asal bayaran wang
cagaran.
2. Bayaran Sewa
Bayaran penuh perlu dijelaskan dalam tempoh satu (1) bulan sebelum kejohanan/majlis kemasyarakatan berkenaan.
3. Nombor Tempahan/Slip
Penyewa
yang telah membuat tempahan secara online perlu mengemukakan
nombor tempahan/slip yang telah dicetak dari komputer
untuk serahkan kepada penyelia atau kakitangan dewan
sebagai bukti tempahan.
4.Penangguhan
majlis kemasyarakatan/kejohanan
Pihak
DBKL tidak bertanggungjawab terhadap sebarang penangguhan
oleh penyewa. Ia tertakluk kepada tarikh baru. Wang
cagaran tidak akan dipulangkan.
5.
Pembatalan Tempahan
5.1
Tempahan dewan akan terbatal secara automatik sekiranya
pihak penyewa tidak menjelaskan bayaran wang cagaran
dalam tempoh yang ditetapkan iaitu tiga (3) hari.
5.2
Sebarang pembatalan tarikh tempahan perlulah dimaklumkan
secara bertulis (e-mail/surat) dalam tempoh sebulan
sebelum tarikh penggunaan dewan bagi majlis kemasyarakatan/kejohanan
sukan.
5.3
Pihak DBKL BERHAK membatalkan tempahan sekiranya;
i)
penyewa tidak mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan
ii) terdapat penganjuran acara yang lebih utama anjuran
DBKL/pihak Kerajaan
6.
Pihak DBKL akan memaklumkan kepada penyewa sekiranya
terdapat pertindihan tarikh seperti perkara 5.3 (ii)
lebih awal/serta-merta. Tarikh/masa pengunaan yang
baru akan ditentukan dengan persetujuan kedua-dua
belah pihak dan tertakluk kepada kekosongan dewan.