Manual Pengguna Aplikasi Mudah Alih KL SPEF





Pendaftaran

  1. Di paparan utama, tekan butang Menu di atas kanan.
  2. Tekan Daftar Akaun Baru.
  3. Di paparan seterusnya, isi maklumat pendaftaran akaun anda seperti yang diminta.
  4. Setelah selesai, tekan butang Hantar untuk membuat pendaftaran akaun.




Log masuk

  1. Di paparan utama, tekan butang Menu di atas kanan.
  2. Tekan Log Masuk.
  3. Masukkan maklumat akaun seperti yang didaftarkan.
  4. Kemudian, tekan butang Log Masuk.




Log masuk dengan nombor telefon

  1. Di paparan utama, tekan butang Menu di atas kanan.
  2. Tekan Log Masuk.
  3. Di paparan seterusnya, tekan butang Log masuk dengan nombor telefon.
  4. Masukkan nombor telefon anda yang telah didaftarkan di kotak teks Nombor Telefon dan tekan Hantar OTP (One Time Password).
  5. Satu SMS akan dihantar ke telefon anda mengandungi nombor kod OTP. Masukkan nombor kod tersebut di kotak teks OTP.
  6. Kemudian, tekan butang Log Masuk.




Tempahan Majlis / Kejohanan

  1. Di paparan utama, pilih Parlimen dan tarikh untuk Majlis/Kejohanan anda.
  2. Seterusnya, pilih lokasi yang anda mahukan.
  3. Tekan butang Tempahan Majlis / Kejohanan di bawah skrin.
  4. Sahkan tempahan yang anda mahukan. Jika anda puas hati, tekan butang Ya, saya pasti.
  5. Jika tempahan anda berjaya, satu notifikasi akan terpapar dengan tajuk Tempahan Berjaya.
  6. Anda boleh semak tempahan anda di bahagian Tempahan Anda.
  7. Untuk langkah seterusnya, anda perlu hadir ke lokasi yang dipilih untuk pengesahan secara fizikal dalam masa 7 hari.




Buat bayaran tempahan Majlis / Kejohanan

  1. Setelah tempahan Majlis / Kejohanan anda telah disahkan oleh penyelia lokasi yang dipilih, anda boleh terus membuat pembayaran cagaran dan sewaan di dalam aplikasi KLSPEF.
  2. Di paparan utama, tekan butang Menu di atas kanan.
  3. Tekan Tempahan.
  4. Di paparan Tempahan Anda, tekan bahagian Majlis/Kejohanan.
  5. Tekan tempahan Majlis/Kejohanan yang anda tempah di senarai tempahan.
  6. Di paparan seterusnya, tekan Buat bayaran untuk membuat bayaran menggunakan perbankan atas talian atau kad kredit.
  7. Perlu diingatkan, anda perlu membuat bayaran sebanyak dua kali iaitu cagaran dan sewaan. Setelah anda selesai membuat bayaran untuk cagaran, ulang langkah 2 hingga 6 untuk membuat bayaran sewaan pula.
  8. Anda boleh semak tempahan anda di bahagian Tempahan Anda untuk kepastian. Sekiranya semua bayaran telah selesai dibuat, akan tertera Bayaran penuh diterima di Status tempahan anda.




Tempahan Acara Sukan

  1. Di paparan utama, pilih Parlimen dan tarikh untuk tempahan acara sukan anda.
  2. Seterusnya, pilih lokasi yang anda mahukan.
  3. Di paparan seterusnya, pilih acara sukan yang anda mahukan di bahagian Acara.
  4. Anda akan dipaparkan dengan senarai fasiliti sukan di lokasi tersebut berserta slot masa. Pilih fasiliti dan slot masa yang anda mahukan. Tekan butang Seterusnya.
  5. Sahkan tempahan anda di paparan seterusnya. Jika anda ingin menambah tempahan, tekan butang Tambah Tempahan.
  6. Jika anda pasti dengan tempahan anda, tekan butang Buat Bayaran untuk membuat tempahan dan bayaran tempahan.
  7. Setelah bayaran telah selesai dibuat, anda boleh semak tempahan anda di bahagian Tempahan Anda untuk kepastian. Sila pastikan Status bayaran anda adalah BERJAYA dan Status Tempahan anda adalah DISAHKAN.




Tunda tempahan Acara Sukan

  1. Sekiranya anda telah membuat bayaran untuk tempahan acara sukan anda, namun tempahan anda adalah berstatus TIDAK BERJAYA , anda boleh TUNDA tempahan anda ke tarikh dan masa yang lain.
  2. Di paparan utama, tekan butang Menu di atas kanan.
  3. Tekan Tempahan.
  4. Di paparan Tempahan Anda di bahagian Acara Sukan, tekan tempahan anda yang tidak berjaya.
  5. Anda akan dibawa ke paparan Tunda Tempahan dengan senarai tempahan yang boleh ditunda.
  6. Tekan tempahan yang ingin ditunda.
  7. Pilih tarikh dan masa yang anda inginkan. Kemudian, tekan butang Seterusnya.
  8. Jika anda berjaya tunda tempahan anda, satu paparan notifikasi berjaya akan dipaparkan.
  9. Kemudian, ulang langkah 6 hingga 7 untuk tempahan lain di senarai Tunda Tempahan.
  10. Setelah semua tempahan yang tidak berjaya selesai ditunda, anda boleh semak semula tempahan anda di bahagian Tempahan Anda. Status tempahan anda akan bertukar menjadi DISAHKAN.




Semak Tempahan

  1. Di paparan utama, tekan butang Menu di atas kanan.
  2. Tekan Tempahan.
  3. Anda akan dibawa ke paparan Tempahan Anda. Semua tempahan yang telah dibuat oleh anda boleh disemak di sini.




Set semula kata laluan

  1. Di paparan utama, tekan butang Menu di atas kanan.
  2. Tekan Set Semula Kata Laluan.
  3. Di paparan seterusnya, isi maklumat kata laluan anda seperti yang diminta.
  4. Kemudian, tekan butang Hantar
  5. Sekiranya anda berjaya set semula kata laluan anda, notifikasi berjaya akan terpapar di skrin anda.