|
 
k   kk
 
Login Pengguna
h
Kali Pertama Log Masuk
h
Log Masuk
h
Masalah Login
 
k   k
k   k
 
PENGUMUMAN PENTING
k Bayaran secara online boleh dilakukan bermula 1 Jun 2012 untuk tempahan gelanggang badminton di :-
- Pusat Komuniti Taman Tun Dr. Ismail
- Kompleks Sukan Bangsar
 
k   k

SYARAT PENEMPAHAN
 

SYARAT PENEMPAHAN PENGGUNAAN KEMUDAHAN SUKAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

A. GELANGGANG SUKAN (PERMAINAN)

1. Bayaran Sewa

Bayaran penyewaan kemudahan sukan DBKL perlu dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh dua (2) hari selepas penempahan dibuat dan resit pembayaran perlu dibawa ke kemudahan sukan yang dipilih pada waktu pejabat.

2. Nombor Tempahan /Slip

Penyewa yang telah membuat tempahan secara online perlu mengemukakan nombor tempahan/slip yang dicetak dari komputer untuk diserahkan kepada Penyelia atau kakitangan dewan sebagai bukti tempahan.

3. Penangguhan Permainan

i) Pihak DBKL

Penangguhan tarikh/masa penggunaan hanya akan diganti sekiranya berlaku bencana alam, kerosakan bekalan elektrik ataupun kerja-kerja baikpulih yang dilakukan oleh DBKL. Tarikh/masa penggunaan yang baru akan ditentukan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak dan tertakluk kepada kekosongan dewan.

ii) Pihak Penyewa

Sebarang penangguhan/pembatalan tarikh/masa tidak akan dilayan kecuali dengan alasan yang kukuh.

4. Pembatalan Tempahan

4.1 Tempahan gelanggang akan terbatal secara automatik sekiranya pihak penyewa tidak menjelaskan bayaran sewaan gelanggang dalam tempoh yang ditetapkan.

4.2 Pihak DBKL BERHAK membatalkan tempahan sekiranya;

i) pihak penyewa tidak mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak DBKL .

ii) terdapat penganjuran acara yang lebih utama anjuran DBKL/pihak kerajaan.

5. Pihak DBKL akan memaklumkan sekiranya terdapat penindihan tarikh seperti perkara 4.2 (ii) lebih awal/serta-merta. Tarikh/masa penggunaan yang baru akan diberikan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak dan tertakluk kepada kekosongan dewan.

B. MAJLIS KEMASYARAKATAN/KEJOHANAN

1. Wang Cagaran

iPenyewa perlu menjelaskan wang cagaran dalam tempoh tiga (30) hari.

ii Wang cagaran tidak dipulangkan sekiranya penyewa menangguhkan/membatalkan tempahan KECUALI ia dibuat dalam tempoh empat belas (14) hari sebelum tarikh ditempah.  
iii Penyewa boleh menuntut bayaran wang cagaran dalam tempoh 14 hari selepas tarikh penggunaan dewan dengan mengemukakan resit asal bayaran wang cagaran.

2. Bayaran Sewa

Bayaran penuh perlu dijelaskan dalam tempoh satu (1) bulan sebelum kejohanan/majlis kemasyarakatan berkenaan.

3. Nombor Tempahan/Slip

Penyewa yang telah membuat tempahan secara online perlu mengemukakan nombor tempahan/slip yang telah dicetak dari komputer untuk serahkan kepada penyelia atau kakitangan dewan sebagai bukti tempahan.

4.Penangguhan majlis kemasyarakatan/kejohanan

Pihak DBKL tidak bertanggungjawab terhadap sebarang penangguhan oleh penyewa. Ia tertakluk kepada tarikh baru. Wang cagaran tidak akan dipulangkan.

5. Pembatalan Tempahan

5.1 Tempahan dewan akan terbatal secara automatik sekiranya pihak penyewa tidak menjelaskan bayaran wang cagaran dalam tempoh yang ditetapkan iaitu dua (2) hari.

5.2 Sebarang pembatalan tarikh tempahan perlulah dimaklumkan secara bertulis (e-mail/surat) dalam tempoh sebulan sebelum tarikh penggunaan dewan bagi majlis kemasyarakatan/kejohanan sukan.

5.3 Pihak DBKL BERHAK membatalkan tempahan sekiranya;

i) penyewa tidak mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan
ii) terdapat penganjuran acara yang lebih utama anjuran DBKL/pihak Kerajaan

6. Pihak DBKL akan memaklumkan kepada penyewa sekiranya terdapat pertindihan tarikh seperti perkara 5.3 (ii) lebih awal/serta-merta. Tarikh/masa pengunaan yang baru akan ditentukan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak dan tertakluk kepada kekosongan dewan.